Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Padang Terap catat gelombang haba tahap 2
Diterbitkan:  Mar 21, 2026 5:03 PM
Dikemaskini: 9:03 AM

Daerah Padang Terap di Kedah kini berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) setakat 4 petang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan sebanyak 10 kawasan lain di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga), melibatkan seluruh negeri Perlis; selain Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Pendang, Baling dan Bandar Baharu di Kedah; serta daerah Timur Laut di Pulau Pinang.

Menurut agensi itu, Tahap Berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Tahap Gelombang Haba pula melibatkan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh yang sama.

Orang ramai disaran merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS