Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengucapkan selamat Aidilfitri Mubarak buat seluruh rakyat Malaysia dengan dua rangkap pantun yang yang disiarkan menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
“Sinar cahaya di tujuh likur,
Senyum bonda tambah berseri,
Syawal menjelma disambut syukur,
Rahmat terbentang seluruh pertiwi.
“Pohon di desa teduhan rimbun,
Jiwa terisi memandang alunnya,
Indah agama mengajar ampun,
Setulus hati raikan bersama.”
Dia juga menitipkan ampun maaf zahir dan batin dalam hantaran tersebut yang disertakan dengan video raya nyanyian REM.
