Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis sita lapan motosikal dalam Ops Samseng Jalanan

Polis menyita lapan motosikal dan mengeluarkan 26 saman dalam Operasi Pencegahan Jenayah Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Seagate, di Pulau Pinang awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata dalam operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi itu, pihaknya turut menahan enam individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah dan dadah.

“Lapan motosikal yang disita adalah hasil pemeriksaan terhadap 227 kenderaan. Kesemua motosikal disita atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata operasi dijalankan bertujuan mencegah kegiatan lumba haram dan membanteras aktiviti jenayah terutama di kawasan hotspot termasuk pemeriksaan di pusat hiburan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS