Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Demo antirasuah: Polis selesai rakam keterangan 10 mahasiswa

Polis telah selesai mengambil keterangan 10 mahasiswa bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur pada 25 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata keterangan kesemua 10 individu berkenaan selesai diambil pada 2.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

"Kumpulan mahasiswa berkenaan hadir bersama lima peguam dan siasatan dijalankan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya ketika dihubungi.

Selain itu, Sulizmie Affendy berkata dua lagi mahasiswa bersetuju untuk dirakam keterangan mereka di Sabah, manakala seorang lagi belum memberi pengesahan untuk diambil keterangan.

Dalam perhimpunan itu, kira-kira 200 peserta telah berarak dari pusat beli-belah berkenaan hingga ke Dataran Merdeka.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS