Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Akmal perlu renung kenapa dia tak disukai orang bukan Melayu'
Diterbitkan:  Feb 2, 2025 5:24 PM
Dikemaskini: 9:26 AM
4

Seorang naib presiden MCA membidas Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh yang telah mengancam untuk menyaman seorang pemimpin parti Johor kerana merujuknya dengan nama julukan yang menghina.

Tan Teik Cheng berkata Akmal harus merenung kenapa orang bukan Melayu berpandangan negatif terhadapnya.

“Kata-kata dan tindakan Akmal telah berulang kali mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.

“Ini bukan sekadar pendapat peribadi (Timbalan Ketua Publisiti MCA Johor) Law Yiak Kwang atau mana-mana ahli MCA – ia mencerminkan persepsi yang lebih luas orang bukan Melayu terhadapnya.

"Sikap Akmal bukan sahaja merosakkan hubungan antara parti komponen BN tetapi juga menjejaskan usaha BN untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat bukan Melayu," kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pemuda Umno itu sebelum ini menyorot mengenai hantaran Facebook oleh Law yang menggunakan perkataan "癫马" diterjemahkan sebagai "Melayu gila".

Akmal berkata ini sama ada serangan ke atas dirinya, atau penghinaan terhadap orang Melayu secara keseluruhan.

Law, bagaimanapun, menjelaskan bahawa "癫马" adalah frasa biasa di media sosial yang bermaksud: "Akmal yang sentiasa bertindak tidak rasional".

Aksara Cina "马" - disebut mā - yang bermaksud "kuda".

Bagaimanapun, huruf itu juga boleh digunakan secara fonetik untuk mewakili bunyi 'ma' apabila mengalih huruf daripada bahasa lain, termasuk perkataan Cina untuk Malaysia, Melayu, Mahathir, dan Akmal.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
4
ADS