Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP bimbang penurunan 90% pemohon program MM2H
Diterbitkan:  Jun 30, 2024 4:56 PM
Dikemaskini: 8:56 AM

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyuarakan kebimbangan mengenai penurunan 90 peratus dalam permohonan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Dia berkata, program yang dahulunya menarik minat ramai pesara warga asing dan menyumbang RM58 bilion kepada ekonomi tempatan selama 17 tahun, kini tidak lagi menarik minat disebabkan peraturan ketat yang diperkenalkan.

"Pakar industri dan ahli ekonomi menyuarakan kebimbangan tentang garis panduan terbaru yang menghendaki pembelian hartanah dan memegangnya selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun, yang mengakibatkan penurunan minat yang ketara di kalangan pemohon yang berpotensi.

"Skim MM2H yang disemak semula menghendaki deposit bank yang lebih tinggi, antara AS$150,000 hingga AS$1 juta, bersama dengan pelaburan hartanah antara RM600,000 dan RM2 juta.

"Walaupun pengenalan pelaburan hartanah mandatori boleh dilihat sebagai langkah positif untuk merangsang sektor hartanah, keperluan untuk memegang hartanah ini selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun adalah halangan yang ketara dan tidak produktif," kata Lim.

Menurutnya syarat yang ketat ini menjadikan program tersebut kurang menarik berbanding pilihan yang lebih fleksibel di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Agensi yang memproses permohonan MM2H melaporkan penurunan minat sebanyak 90 peratus di kalangan pemohon berpotensi, tambah Lim.

Dia menegaskan di bawah program MM2H yang lalu, pemohon menikmati lebih banyak fleksibiliti dengan ambang kewangan yang lebih rendah.

"Skim ini memerlukan deposit bank sebanyak RM300,000 untuk mereka yang berumur di bawah 50 tahun dan RM150,000 untuk mereka yang berumur lebih dari 50 tahun, tanpa pembelian hartanah mandatori.

"Pendekatan ini menarik kumpulan pesara dan ekspatriat yang pelbagai, menyumbang RM58 bilion kepada ekonomi tempatan sepanjang 17 tahun.

"Walaupun tumpuan skim baru ini adalah kepada individu berpendapatan tinggi, peraturan ketatnya telah mengecilkan kumpulan pemohon dengan ketara," kata Lim.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS