Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kebimbangan perang: Banyak negara minta warganya tinggalkan Lubnan
Diterbitkan:  Jun 30, 2024 10:11 AM
Dikemaskini: 2:11 AM

Pelbagai negara menyeru rakyat mereka meninggalkan Lubnan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai perang antara Israel dan kumpulan Hizbullah, lapor Agensi Anadolu.

Kedutaan Arab Saudi di Beirut pada Sabtu menggesa rakyatnya yang kini berada di Lubnan "meninggalkan wilayah itu dengan segera" dan menekankan keperluan untuk terus berhubung dengan kedutaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Menteri Luar Australia Penny Wong menggesa warganya di Lubnan supaya segera beredar sementara penerbangan komersial masih tersedia.

Kementerian Luar Belanda turut mengeluarkan nasihat perjalanan yang sama di platform X.

Jerman, Kanada, Amerika Syarikat, Ireland, Jordan dan United Kingdom juga meminta rakyatnya meninggalkan Lubnan secepat mungkin.

Amaran itu dibuat selepas Kuwait menggesa rakyatnya pada 22 Jun untuk mengelak perjalanan ke Lubnan dan mereka yang berada di dalam negara itu meninggalkan negara itu secepat mungkin "memandangkan situasi keselamatan yang berlaku di rantau itu."

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS